TAJUK 12: PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN

Pengenalan
Sekolah-  sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung menimba ilmu
Persekitaran- kawasan sekeliling sesuatu tempat
Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif matlamat sosial untuk melahirkan manusia yang cemerlang . Oleh itu, persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar.

Terdapat dua jenis persekitaran yang ada di sekolah:
1.    Persekitaran fizikal
·         Susunan dan reka bentuk fizikal
·         Sumber bahan pembelajaran
·         Pencahayaan
·         Ruang atau sudut pembelajaran
·         Perabot
·         Kebersihan





2.    Persekitaran Psikososial
 (hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya)
·         Suasana yng selesa dan mesra
·         Suasana yang merangsang pembelajaran
·         Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
·         Memberi peluang yang sama kepada murid


Ciri-ciri Iklim yang Kondusif
1.    Hubungan sikap hormat menghormati antara guru dan pelajar
2.    Kesukarelaan pelajar menerima aspirasi dan mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan
3.    Perasaan kekitaan yang muncul antara guru dan pelajar sebagai sebuah keluarga yang bahagia.


HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Konsep Masyarakat - kumpulan manusia yang hidup bersama sama di sesuatutempat dengan aturan dan cara tertentu.
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
Sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks yang mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.


Peranan Sekolah kepada Masyarakat
1.    Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana murid-murid belajar tentang perlakuan masyarakat di sekolah dan menjadikan perilaku ini sebagai sebahagian daripada mereka
2.    Pendidikan dianggap sebagai satu medium untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis
3.    Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan kehidupan dan budaya ilmu yang sesuai dengan norma masyarakat


Peranan Ibu Bapa
1.    Ibu bapa dan sekolah membina jaringan melalui bantuan dana atau kepakaran
2.    Membantu pihak sekolah membanteras gejala sosial di luar sekolah
3.    Memenuhi jemputan sekolah untuk menghadiri motivasi serta memberi sokongan terhadap setiap program yang dijalankan di sekolah

Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG)
1.    Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
2.    Membantu dalam memajukan perkembangan murid
3.    Menjaga kebajikan murid
4.    Menambah sumber kewangan sekolah melalui dana atau tajaan
5.    Meningkatkan keceriaan premis sekolah
6.    Menjayakan aktiviti dan program sekolah


Kerjasama antara Sekolah Dan Masyarakat
·         Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan sukarelawan sekolah seperti badan unit beruniform
·         Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama
·         Masyarakat boleh memyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
·         Kerjasama erat antara sekolah dan masyarakat contohnya kompuniti luar ( Persatuan belia, badan-badan berkanun atau bukan berkanun) membantu dalam mencapai kecemerlangan sekolah khususnya untuk para pelajar dan organisasi guru


Cabaran-cabaran yang Dihadapi
1.    Masalah buku teks, infrastruktur yang tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian barang-barang sekolah membebankan sesetengah ibu bapa atau masyarakat
2.    Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas sepenuhnya kepada guru unyuk mendidik anak-anak mereka
3.    Apabila anak-anak terlibat dalam masalah gejala sosial, ibu bapa dengan menunding jari kepada guru
4.    Ibu bapa yang cepat mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak


Langkah-langkah Mengatasi Masalah yang Dihadapi
1.    Ibu bapa sepatutnya  cakna terhadap perilaku anak-anak dan sentiasa mengambil tahu kelakuan anak-anak mereka di sekolah dengan merujuk guru kelas
2.    Pihak sekolah da ibu bapa boleh mengadakan satu perjumpaan dalam usaha meningktkan pencapaian sekolah



Rumusan
            Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang berguna seperti peningkatan dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

Comments

Popular Posts