TAJUK 7: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN & KOMUNIKASI


PENGENALAN

Bilik darjah merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Secara rasmi bilik pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Marland 1975 suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran.

Pengurusan Bilik Pembelajaran

 Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan.
 Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.
  Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Rutin Bilik Darjah- Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.

Tujuan Rutin Bilik Darjah
-
Menjimatkan masa dan tenaga
-
Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan   bekerjasama di kalangan pelajar.

Kegiatan rutin bilik darjah

Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu;
 àMembuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah.
àRutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
àSemua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.
àGuru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.
à Memilih rutin yang paling sesuai.
àMerancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

Faedah rutin bilik darjah

-Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu:
àProses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur.
àPengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar.
àRutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
àPengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
à Pelajar dapat kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip demokrasi khasnya sewaktu membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua.
àPeraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin didalam bilik darjah.
 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

1) FAKTOR FIZIKAL :
 
Penyusunan kerusi dan meja murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan guru dan guru dengan murid. Suasana bilik pembelajaran yang dihiasi dan diatur dengan kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar untuk menggalakkan aktiviti Pembelajaran Dan Pengajaran. Saiz bilik pembelajaran yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid- murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.

2) FAKTOR SOSIAL :
 
Merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Interaksi dan komunikasi antara dua hala. Guru dan murid. Murid dan guru. Membina peraturan. Menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. alia

3) FAKTOR EMOSI

Gaya kepimpinan (autoritarian) - mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman. Wujud suasana tertekan dan tidak kondusif.

PENDEKATAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI MENARIK MINAT PELAJAR

• Pendapat Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa guru-guru akan dapat menimbulkan minat murid- murid terhadap pelajaran yang disampaikan jika pengajaran mereka menggunakan pelbagai rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti ini guru akan dapat menimbulkan dan mengekalkan minat murid-murid terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada murid-murid.

• Menurut Smith (1969), untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya kefahaman mengenai disiplin-disiplin yang telah melahirkan mata pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain kefahaman yang pertama adalah perlu untuk mengajar apa jua mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru.

PERANAN SEBENAR SEORANG GURU DI DALAM BILIK PEMBELAJARAN

• Di dalam mengurus bilik pembelajaran seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu sukar.

• Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

• Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.


CIRI – CIRI BILIK PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
 Bilik Darjah Tradisi
 Bilik Darjah Terbuka
Bilik Darjah KBSR & KBSM

Ciri-Ciri Bilik Darjah Tradisi
-Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.
 -Pelajar tubuh kecil, penglibatan/pendengaran yang kurang baik ditempatkan di hadapan.
-Kerusi dan meja sesuai dengan pendekatan berpusatkan guru.
 -Aktiviti berkumpulan jarang dilakukan.

Ciri-Ciri Bilik Darjah Terbuka
 -Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tertumpu kepada seluruh bilik darjah.
 -PdP biasanya diadakan dalam kumpulan kecil atau individu.
 -Pelbagai aktiviti berlaku pada satu masa.
-Jadual mudah diubah dan pelajar dapat ikut pelbagai aktiviti dalam masa yang berbeza.
 -Pelajar bebas bergerak, beralih dan bekerjasama.

JENIS GAYA PEMBELAJARAN YANG PERLU DIKETUAI OLEH SEORANG GURU

 Gaya belajar merupakan sesuatu hal yang sangat penting dalam melaksanakan tugas belajar baik di rumah mahupun di sekolah. Ketika seseorang dalam proses belajar mereka akan menjumpai gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka. Menurut Deporter dan Hernacki gaya belajar merupakan kombinasi dari bagaimana ia menyerap kemudian mengatur serta mengolah informasi. Terdapat 3 jenis gaya pembelajaran mengikut buku Quantum Learning iaitu gaya visual, auditori dan kinestetik (V.A.K)

-Visual (belajar secara melihat)
Seseorang yang memiliki gaya belajar visual cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Ia menggunakan material atau media yang boleh dilihat atau memberi pendapat melalui pemerhatian. Contoh material ialah buku, poster, majalah, rangka tubuh manusia, peta dan lain-lain.

-Auditori (belajar dengan gaya mendengar)
 Pelajar lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberhasilan dalam belajar. Gaya belajar auditori bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja berkumpulan.

-Kinestetik (belajar dengan cara bergerak, berkerja atau menyentuh)
 Orang yang mempunyai gaya belajar kinestetik akan belajar melalui gerakan yang berserta informasi kemudian akan menyimpannya ke dalam kotak fikiran. Penyentuhan dengan objek sangat digemari kerana ia boleh dirasai oleh diri. Gaya pembelajaran ini melibatkan kegiatan fizik, menghasilkan model, berjalan dan pergerakan.


PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Merancang
• Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Mengurus
• Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.

Mengelola
• Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai pengelola juga, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
1. Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
2. Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
3. Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.
4. Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.
 5. Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
 6. Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.

Mengarah
 • Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.
 • Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.fatin


Mengawal
• Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
 • Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif fatin


Konsep Komunikasi
àDalam konteks hubungan sesama manusia, komunikasi bermaksud mencari persamaan maklumat dan pengalaman antara individu yang sedang berinteraksi dapat dikongsi bersama - (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1999).Komunikasi ialah penghantaran, penerimaan  atau pertukaran maklumat – (Sillars,1999).Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat daripada satu pihak (penyampai) kepada satu pihak lain (penerima) – (Hamilton Gregory, 1997)
Dalam konteks p&p  - merupakan proses penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan daripada guru kepada murid

Peringkat-Peringkat Dalam Komunikasi
Terdapat 6 peringkat dalam komunikasi iaitu:
1. Tujuan komunikasi dan kandungan komunikasi
2. Tranformasi idea (encode) iaitu penyampai menyusun idea-idea yang hendak disampaikan – lisan, gambar, pergerakan tangan
3. Penghantaran mesej samada melalui lisan atau tulisan
4. Menerima mesej
5. Memahami mesej
6. Maklum balas – mesej difahami, mesej tidak difahami, mesej berbeza daripada hasrat sebenar penyampai

Elemen-elemen Komunikasi Berkesan Dalam P&P
l Guru meminati subjek/bermotivasi
l Guru yang bermaklumat dan mempunyai pengetahuan terkini
l Berkemahiran berucap dalam menyampaikan idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai isi pelajaran; mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan; kontak mata; bahasa badan; sentuhan; merumus isi pelajaran dalam bahasa yang mudah; bersedia berbincang dengan murid
l Persediaan mengajar yang lengkap – Buku Persediaan Mengajar
l Memahami emosi pelajar
l Bahasa badan dalam pengajaran
l Nada suara dalam pengajaran – intonasi suara yang sesuai

Halangan-Halangan Komunikasi
l Komunikasi sehala – penerima mesej tidak memberi apa-apa maklum balas, ini disebabkan oleh murid takut atau merasakan guru mempunyai autoriti
l Prasangka – membuat andaian negatif hasil daripada maklumat sekunder yang kurang tepat
l Masalah Semantik – berlaku akibat perbezaan budaya, dialek, bahasa dan cara hidup
l Pengalaman yang berbeza – latar belakang kehidupan yang berbeza
l Sikap individu  - mementingkan diri, memandang rendah pada orang lain, sombong, suka membantah, tidak bersedia untuk memahami
l Maklumat tidak mencukupi mengenai latar belakang pelajar – nama, status ekonomi dan sosial pelajar
l Gangguan emosi – marah, benci, sedih

Komunikasi Berkesan Guru Pelajar
-
95% proses komunikasi yang berlaku tidak berkesan
-
Hanya 5% sahaja yang dapat menerima mesej dengan betul dan bertindak seperti yang dikehendaki
-
Definisi komunikasi berkesan dalam p&p – pelajar memahami betul-betul apa yang disampaikan oleh guru. Kefahaman ini diterjemah dalam bentuk tindakan yang betul.

Ciri-Ciri Komunikasi Berkesan
1. Keseronokan
2. Pengaruh kepada Sikap
3. Perhubungan yang bertambah baik
4. Mewujudkan tindakan yang dikehendaki

*Konsep interaksi

-Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak.Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Konsep bilik dajah-Tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

*Jenis-Jenis Interaksi

-interaksi sehala
-interaksi dua hala  Antara guru dengan murid
-interaksi dua hala Antara murid dengan murid
-interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

-Interaksi Sehala

Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan @ kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri:
Ø  Aktiviti bercorak aktif
Ø  Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat
Ø  Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.

-Interaksi Dua Hala  Antara Guru Dengan Murid

Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.
Ciri-ciri:
Ø  Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
Ø  Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
Ø  Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
Ø  Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.

-Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru Dengan Murid Dan Murid Dengan Murid

Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Ciri-ciri:
Ø  Komunikasi berkesan berlaku
Ø  Penyertaan aktif murid dalam P&P
Ø  Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P



Pembentukan Interaksi Di Dalam Kelas

> Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dlm kelas:

1)Susunan bilik darjah
  
àTempat Duduk Pelajar
   -Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu      belajar.
   
àMeja Guru
-Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas. Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.

2)
Kedudukan kerusi dan meja

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Antara bentuk susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik darjah seperti:

-Kedudukannya tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan akan menyebabkan merasa terganggu.

-Penyusunannya perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran ,ini kerana dalam KBSR pengajaran secara berkumpulan dan individu lebih diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga boleh dijalankan mengikut situasi tetentu.Kedudukan kerusi meja KBSR dan KBSM perlu melibatkan beberapa ruang pembelajaran. Keadaan ini termasuk ruang bacaan dan sebagainya.


Terdapat 3 jenis susunaN
-susunan tradisi
-susunan Horse Shoe
                 -susunan Madular











3) Keadaan emosi bilik darjah
-Sikap guru yang positif
-Suara guru yang jelas

4) Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)

Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
Gaya Laissez Faire – Kebebasan penuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai)

5) Guna alat bantu mengajar berteknologi

Slaid, pita video, rakaman dll
Mudahkan proses P&P
Diminati oleh pelajar

6) Lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah

Sesi bimbingan – guru sebagai kaunselor

7) Sikap guru yang baik
Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan dan peluang bekerja sendiri

Comments

Popular Posts