TAJUK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN


Pengenalan

Pengurusan- pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pembelajaran- perihal pemerolehan, atau pengubahsuaian dan pengukuhan bagi pengetahuantingkah lakukemahirannilai, atau keutamaan yang baharu atau sedia ada masing-masing dan boleh melibatkan sintesis jenis maklumat berlainan.

Pengurusan Pembelajaran- Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).


Konsep mengurus pembelajaran


Rajah 1 Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

1)    Merancang
·         Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan dan pengetahuan sedia ada pelajar.
·         Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
·         Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
·         Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
·         Merancang bahan-bahan pengajaran.
·         Merancang aktiviti kumpulan.
·         Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
·         Merancang aktiviti penilaian.

2)    Mengelola
·         Mengurus rutin bilik darjah.
·         Mengurus aktiviti murid.
·         Mengurus bahan-bahan pelajaran.
·         Mengurus disiplin bilik darjah.
·         Mengurus aktiviti kumpulan.
·         Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
·         Mengurus aktiviti penilaian.

3)    Mengawal
·         Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
·         Mengawal aktiviti kumpulan.
·         Mengawal murid bermasalah peribadi.
·         Memastikan masalah disiplin tidak timbul.
·         Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.

4)    Mengarah
·         Mengarah murid menjawab soalan guru.
·         Mengarah murid mendengar, membaca, mengira dan menulis.
·         Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
·         Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah.
·         Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
·         Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.



Mengurus Pembelajaran Efektif

·         Keperluan fisiologi.
·         Pengurusan masa.
·         Iklim bilik darjah.
·         Membuat perancangan sebelum mengajar (RPH).
·         Kurikulum yang baik dan seimbang.
·         Penggunaan bahan bantu mengajar.


Fungsi-fungsi Pembelajaran.
Menurut Benjamin S Bloom “Pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama”. Tiga bidang utama tersebut ialah:

1)    Bidang Kognitif
·         Melibatkan aspek intelektual.
·         Berkembang dari pengetahuan yang mudah kepada paras kegiatan mental yang lebih tinggi.
·         Terdapat enam(6) elemen taksonomi Bloom iaitu:
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi,analisis sintesis penilaian.



2) Bidang Afektif
·         Objektif berhubung dengan sikap, penikmatan, nilai dan emosi.
·         Pembelajaran akan tercapai sekiranya pelajar dapat membentuk sikap positif.
·         Mengikut Davi R.Krathworth et al.(1964) terdapat lima(5) domain afektif.




3)    Bidang Psikomotor
·         Psikomotor melibatkan fungsi otot dan kekuatan fizikal.
·         Berkaitan dengan menulis, memukul dan lain-lain.
·         Antara aspek penilaian psikomotor ialah:





Kesimpulan
Secara keseluruhannya, mengurus pembelajaran itu amat penting demi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, pembelajaran yang diurus dengan baik mampu melahirkan individu-individu yang bijaksana dan hebat pada masa akan datang.

Comments

Popular Posts