TAJUK 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pengenalan
àMenurut
Kamus Dewan edisi ke 4,kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis.
àBudaya
pula ditakrifkan sebagai:
-tamadun,peradaban
-kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya)
-sifat budaya, yang mengenai kebudayaan,(yang) sudah maju(akal budi)
-tamadun,peradaban
-kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya)
-sifat budaya, yang mengenai kebudayaan,(yang) sudah maju(akal budi)
Perbezaan
individu dan proses pembelajaran
Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak menafikan hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN.
Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak menafikan hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN.
Namun terdapat
sebilangan guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti
kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Hakikatnya pelajar adalah
sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang
diperlukan untuk belajar.
•
Keadaan
ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebahagian pelajar
memerlukan bimbingan secara terus oleh
guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan
dengan penglibatan guru yang minimum.
-Kemajuan ilmu dalam teori dan penyelidikan telah membuka ruang untuk para penyelidik untuk menyemak semula rangka konseptual dan fahaman kita terhadap jenis maklumat mengenai pelajar dan pembelajaran secara individu dan cara pengajaran dapat disesuaikan.

Bloom (1976) merumuskan bahawa perbezaan dalam ciri2
peribadi dan pembelajaran boleh diubah. Beberapa pembolehubah penting seperti
ciri2 keluarga, jangkaan ibu bapa dan penglibatan mereka (walberg, 1984)
kognisi dan proses2 pembelajaran (Chipman et. al… 1985) dan motivasi pelajar
serta peranan yang dimainkan sendiri oleh pelajar tidak lagi dikira sebagai sebagai
pembolehubah yang statik.
•
Perkembangan ini memaksa pendidik menyemak semula dan
mengubah cara serta bagaimana untuk menilai hasil pendidikan. Penilaian
berasaskan jumlah ilmu yang dikuasai melalui sistem peperiksaan perlu diubah
kepada satu cara lain bagi mengukur ilmu yang dikuasai pelajar secara individu.
•
Jika prinsip bahawa ciri2 pelajar boleh diubah dapat
diterima, maka langkah pengubahsuaian perlu dicari bukan sahaja proses2
psikologi dan operasi kognitif yang digunakan oleh pelajar sebagai individu
(Feuertein et, al… 1985; Palinscar & Brown. 1984).
Pengkaji juga perlu mengkaji bagaimana bagi mengubah suasana pembelajaran dan strategi pengajaran untuk menangani kepelbagaian antara pelajar (Glaser. 1977; Tobias. 1989; Wang & Walberg. 1985).
Pengkaji juga perlu mengkaji bagaimana bagi mengubah suasana pembelajaran dan strategi pengajaran untuk menangani kepelbagaian antara pelajar (Glaser. 1977; Tobias. 1989; Wang & Walberg. 1985).
Terdapat dua
pendekatan bagi menakrifkan perbezaan antara pelajar:
1. Pendekatan pelajar sebagai individu -
menekankan perbezaan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu spt kecacatan,
latar belakang sosial atau sifat2 psikologi.
2.
Pendekatan kurikulum - menekankan perbezaan pelajar berdasarkan tugas
dan aktiviti yang disediakan untuk pelajar dan keadaan yang diwujudkan di bilik darjah
Pendekatan pelajar sebagai individu
-Pendekatan untuk membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu merupakan satu amalan tradisional di kebanyakan negara.
-Pendekatan untuk membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu merupakan satu amalan tradisional di kebanyakan negara.
-Empat andaian mendasari perkara ini :
Andaian 1 :
Sekumpulan pelajar dikenal pasti sebagai istimewa / khas.
-Sehubungan itu, pelajar sekolah dibahagikan kepada dua jenis satu daripadanya ialah pelajar-pelajar istimewa -Di kebanyakan negara, amalan seperti ini menjadi dasar untuk menyediakan perancangan dan peruntukan pendidikan.

Andaian 2 :
-Pelajar memerlukan pengajaran khas sebagai respon kepada kesukaran pembelajaran mereka.
-Pendidikan khas merupakan jawapan kepada kesukaran pembelajaran pelajar dan jika mereka tidak ditempatkan di kelas atau di sekolah khas, maka mereka akan bersekolah di kelas biasa tanpa menerima sebarang bantuan atau sokongan.-Proses mengenal pasti pelajar menjadi isu yang genting. Kadangkala pelajar hanya diberi peruntukan khas jika resos tambahan diperolehi.
Andaian 3 :
Adalah baik diajar pelajar yang mengalami kesukaran yang sama.
-Dalam usaha untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran, amalan meletakkan mereka dalam satu kelas, unit atau kumpulan yang sama adalah perlu berasaskan andaian bahawa mereka mengalami punca kesukaran yang sama.-Terdapat juga amalan yang mengkategorikan pelajar sebagai tidak boleh diajar dan tidak dibenarkan bersekolah.

Andaian 4
Pelajar lain adalah ‘normal’ dan mendapat manfaat persekolahan.
-Guru-guru kelas biasanya mengandaikan bahawa pelajar mampu belajar sendiri untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran tanpa memantau & menilai.

-Mereka mungkin tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana beranggapan bahawa
bukan tugas mereka untuk memberi perhatian khas.
Sebagai rumusannya, pendekatan tersebut mempunyai
andaian asas bahawa kesukaran pendidikan terletak dalam diri pelajar. Oleh itu,
tumpuan perlu diberikan untuk mengubah kekurangan yang diandaikan itu.
Peruntukan program pendidikan khas meneguhkan andaian bahawa masalah timbul
kerana terdapat pelajar yang mempunyai ciri yang berbeza daripada
normal.Berdasarkan alasan ini, sekolah-sekolah dapat mempertahankan “status
quo”nya bahawa sekolah biasa tidak dipersalahkan atas kemunculan masalah pelajar
dan tahap pencapaian di sekolah. (Skrtic,1991)
Pendekatan Kurikulum
Bertujuan untuk memahami masalah/kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka.Ia juga mampu menyediakan skop sokongan kepada lebih ramai pelajar termasuk pelajar yang diasingkan daripada sekolah dan kelas biasa.

-Andaian 1: Kesukaran
belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar.
Situasi ini boleh berlaku kepada mana2 pelajar di dalam sesuatu kelas tanpa mengira tahap pencapaian jika dibandingkan dengan pelajar2 lain di dalam kelas tersebut
Cth: Seorang pelajar yang biasanya menunjukkan kejayaan boleh merasa bosan dengan kerja2 yang diberikan oleh guru.
Ciri2 positif pelajar yang membina peribadi mulia perlu ditekankan sebagai hasil pendidikan dan tidak terhad kepada pencapaian akademik sahaja.
Guru harus memberi perhatian kepada semua pelajar dan tidak hanya kepada pelajar yang dikenalpasti sbg. khas sahaja.

Andaian 2: Kesukaran pelajar mengarah kpd cara-cara bagaimana pengajaran boleh lebih dikesan.
Pendekatan ini adalah diasaskan kepada model perubatan, yang mana punca masalah perlu dikenalpasti (i.e. diagnosis) untuk menyelesaikan masalah (i.e. dirawat dan dipulihkan). Pendekatan kurikulum, mengakui bahawa perbezaan individu mempengaruhi kemajuan pembelajaran mereka, tetapi tindakan daripada guru juga penting. Kesukaran -Keputusan & tindakan yang dilakukan oleh guru. -Resos dari guru. -Cara kelas diorganisasi.
Kesukaran pembelajaran dalam kalangan pelajar boleh dicetuskan oleh guru, dan seterusnya, boleh dielakkan.
Andaian 3: Tindakan positif guru menghasilkan kadar pembelajaran yang lebih baik bagi semua pelajar.
Pendekatan kurikulum akan menggalakkan guru lebih mahir dalam menginterperitasikan situasi dan keadaan di dalam bilik darjah.Pendekatan kurikulum yang digunakan dapat melihat kelemahan/kesukaran yang dialami oleh pelajar2.Melalui kesukaran/kelemahan yang dikenalpasti, membolehkan pembaikan dalam pembelajaran dapat dilakukan.Dijadikan asas untuk memperbaiki pelaksanaan pengajaran & pembelajaran di sekolah.Melalui tindakan positif guru terhadap kesukaran pelajar kurikulum mampu dijadikan asas bg memperbaiki persekolahan untuk semua pelajar.
Andaian 4: Sokongan kepada guru adalah penting untuk memajukan amalan mereka.
Secara tradisinya, guru digalakkan merujuk kesukaran pembelajaran yang dialami oleh pelajar kepada guru pend. khas yang dianggap sebagai ‘pakar’.
-Andaian ini diperkukuhkan lagi apabila ada sesetengah guru khas yang mengangap
bahawa cara pengajaran pelajar khas adalah eksklusif kepada mereka sahaja.
-Sikap tersebut akan mengurangkan keyakinan kepada guru biasa dan memberikan implikasi bahawa mereka tidak perlu memikul t’gungjwab mendidik pelajar2 yang menghadapi kesukaran.
-Sikap tersebut akan mengurangkan keyakinan kepada guru biasa dan memberikan implikasi bahawa mereka tidak perlu memikul t’gungjwab mendidik pelajar2 yang menghadapi kesukaran.
-Walaupun tidak mempunyai kemahiran/kepakaran dalam mendidik pelajar
yang mempunyai kesukaran, sbg guru tidak bermakna guru terbabit tidak boleh
mendapatkan bantuan & sokongan drp. sesiapa yang mempunyai kemahiran &
pengetahuan dalam bidang tersebut.
Setiap pengalaman &kemahiran yang ada pada setiap org guru adalah unik dan
wajar dikongsi dgn guru lain yang tidak mempunyai kemahiran tersebut.
Kepelbagaian Pelajar Dan Peranan Sekolah
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak.Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah.Sikap pengurusan sekolah amat penting terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah.
Dalam konteks
pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan
sekolah khas iaitu:
1. Membuka peluang kepada pelajar
yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai.
2. Berperanan sebagai pusat rujukan
dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan
pendidikan inklusif.
3. Menjalankan kursus pengembangan
staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.
Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
Tujuan Dan Strategi Pembezaan
Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan.Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Jenis-jenis pembezaan adalah tidak terhad.
Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan
kurikulum.
1. Isi Kandungan : Pembezaan kaedah mengajar
melibatkan perbezaan isi kandungan.
2. Minat : Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh
dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar.
3. Kadar: Pembezaan kadar belajar merupakan jenis
pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru
4. Tahap: Pembezaan kadar belajar diikuti oleh
pembezaan dari segi tahap.
5. Akses: Pembezaan dari segi akses melibatkan guru
menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan
aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka
6. Respon: Pembezaan akses memberi peluang kepada pembezaan
respon pelajar.
7. Urutan: Pembezaan urutan kandungan kurikulum
membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam
sukatan pelajaran sesuatu subjek.
8. Struktur: Pembezaan struktur berlaku apabila
pengajaran dirancang sedemikian rupa di mana sesetengah pelajar belajar isi
kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara
langkah demi langkah.
9. Masa guru: Masa dan perhatian guru untuk
pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak
merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata.
10.Stail pengajaran: Pembezaan stail pelajaran adalah
perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan
11.Pengumpulan: Guru mengamalkan pengumpulan sebagai
satu kaedah pembezaan. Pengumpulan pelbagai dan imaginatif membolehkan guru
menyediakan tugas-tugas yang spesifik dan bahan-bahan yang sesuai dengan
objektif dan hasil pembelajaran yang dijangkakan.
Implikasi dan cabaran
Proses pendidikan adalah satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai2 pendidikan di kementerian.
-Bagi
menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan
berkualiti, pendidikan dan perkembangan guru boleh berlaku dalam tiga kaedah:
1. Melalui
program perguruan asas/pra perkhidmatan
- sukatan pelajaran pendidikan guru di
maktab dan universiti perl disemak semula
untuk menekankan komponen kepelbagaian
pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah; struktur dan organisasi
sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk berfungsi
dalam bentuk mod kolaboratif.
2.
Melalui kursus dan perkhidmatan
- Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan Secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada.

3. Program pengembangan staf berpusatkan
sekolah.
- Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu-isu sebenar dalam konteks kerja yang sebenar. Pendekatan ini menggalakkan koloborasi antara guru secara berterusan dan rasa komitmen kepada keputusan yang dipersetujui bersama.

Kesimpulan
-Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya
-Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah
pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek

Comments
Post a Comment