TAJUK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
PENGENALAN
Berdasarkan Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang
melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat
pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah; atau pendidikan
lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran;
ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti
yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).

FOKUS KAJIAN KEPADA PENDIDIKAN
KHAS
DEFINISI DAN KONSEP
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan
Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan
khas.mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah
penglihatan,pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan
pintar cerdas
Pendekatan
definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada
kebolehan,kefungsian,kemahiran,perkembangan,penguasaan, dan pencapaian
kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan.Pendekatan tradisi menekankan
kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
PERANAN GURU UNTUK
MENDORONG MURID KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI BERDASARKAN KEPELBAGAIAN YANG
DIMILIKI
Ø Peranan guru pendidikan khas bagi murid
cacat penglihatan ialah dengan menggunakan cara pendekatan pengajaran Braille.
Ø Peranan guru pendidikan khas bagi murid
cacat pendengaran ialah dengan menggunakan latihan mobility dan kemahiran
hidup.
MEDIUM BERASASKAN MANUSIA
Ø Medium tertua yang digunakan untuk
menyampaikan dan menyebarkan maklumat
Ø Mengubah sikap atau secara langsung
terlibat dengan pemantauan proses pembelajaran pelajar
Ø Menyampaikan maklumat kepada pelajar
pelbagai upaya dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti berkumpulan atau
individu
Ø Menerima maklumat dengan lebih mudah dan
berkesan kerana kaedah pengajaran yang berbeza serta menarik digunakan mampu
menearik perhatian mereka dalam proses pembelajaran
MEDIUM BERASASKAN CETAKAN
Ø Meliputi bahan-bahan yang disiapkan di
atas kertas untuk tujua pengajaran dan juga maklumat
Ø Merupakan rangsangan yang meminta
pelajar untuk memberikan respon,kemudian pelajar akan diberikan jawapan sama
ada apa mereka jawab betul atau salah
Kelebihan
media cetak bagi pelajar pelbagai upaya ialah
Ø Pelajar dapat belajar dengan kecepatan
fahaman masing-masing
Ø Pelajar dapat mengulangi apa yang mereka
telah belajar
MEDIUM BERASASKAN VISUAL
Ø Digunakan untuk menyampaikan mesej dan
maklumat ssecara teknikal dan kreatif yang mempaparkan
gambar,lukisan,grafik,carta dan juga peta minda
Ø Dapat mempercepatkan pemahaman dan
memperkuatkan lagi daya ingatan
Ø Pelajar masih berfikiran konkrit dan
pelajar sentiasa mahukan bukti dari penglihatan mereka sendiri
Ø Mengandungi mesej dan bahan yang dibuat
secara menarik dalam bentuk gabungan seperti gambar,teks,pergerakan dan animasi
yang sesuai dengan usia dan kepelbagaian pelajar
MEDIUM BERASASKAN
AUDIOVISUAL
Ø Media pengajaran moden yang sesuai dengan perkembangan zaman masa
kini merangkumi media yang dapat dilihat dan didengar
Ø Penggunaan bahan-bahan dan penyerapan
mereka melalui penglihatan dan pendengaran untuk mewujudkan syarat-syarat yang
boleh membuat pelajar dapat menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap.
Ø Membantu menarik pelajar dengan
gambar,bunyi dan juga video yang dipaparkan
PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
KESIMPULAN
Faktor
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang
mudah lebih-lebih lagi pelajar yang berkeperluan khas.Banyak halangan dan
rintangan yang perlu mereka tempuhi untk mencapai impian mereka.Oleh hal yang
demikin,sebagai seorang guru haruslah bersedia untuk membantu mereka dalan
pengurusan pembelajaran agar mereka dapat menvapai impian yang mereka impikan

Comments
Post a Comment