TAJUK 13: SEKOLAH & PEMBELAJARAN
KONSEP:
Sekolah- sebuah
bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung menimba ilmu
Pembelajaran-
proses interaksi antara pendidik dan para pelajar bagi mencapai matlamat
sosial.
Ilmu sahsiah
dan memahami tanggungjawab sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
Terdapat
beberapa model pengajaran dan teori yang berhubung kait dalam psikologi
pendidikan.
Menurut
Griggith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku
manusia dalam suasana pembelajaran.
Kajian
saintifik terhadap tingkah laku individu berkit rapat dengan prinsip dan kaedah
pengajaran dan pembelajaranyang digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Oleh sebab itu,
terdapat beberapa model pengajaran dan teori yang berhubung kait dalam
psikologi pendidikan.
1. Teori
Kognitif
·
Pendekatan
Kognitif menekankan proses mental
·
Informasi
yang diterima, diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan
informasi yang lain yang ada dalam ingatan
·
Penyatuan
informasi ini kemudiannya akan diubah dan disusun kembali. Otak akan memproses
secara aktif informasi yang diterima ditukar kepada bentuk atau kategori yang
baru.
·
Proses
ini menekankan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman.
Prinsip Kognitif:
1.
Bahan-bahan
pembelajaran disusun dari mudah ke susah
2.
Memahami
sesuatu pembelajaran daripada menghafalnya
3.
Pengetahuan
sedia ada murid diguna dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru
4.
Isi
pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola tertentu supaya murid lebih mudah
memaham dan mengingatinya.
Implikasi
Teori Kognitif:
1.
Memberi
kesempatan kepada pelajar untuk mengemukakan idea
2.
Membuka
peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan mencuba sesuatu benda yang baru
3.
Mencipta
lindunganyang kondusif
2. Teori
Konstruktivitisme
·
Berkait
dengan pengajaran yang berdasarkan penyelidikan dan pengalaman.
·
Proses
pembelajaran ini menggalakkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan bahan
bagi mendapatkan jawapan.
·
Tokoh-tokoh
yang terkenal seperti Jean Piaget, Bruner, Levy Vygotsky melihat pembelajaran
sebagai satu aktiviti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat yang
baru.
·
Teori
ini menekankan penglibatan elajar dalam menyelesaikan masalah
·
Pelajar
akan mendapat pengetahuan yang sendiri bagi menjana idea dengan berdasarkan
pengetahuan sedia ada
·
Maklumat
yang diperoleh akan diolah dan disesuaikan dengan maklumat yang baru.
·
Prinsip
Konstruktivitisme:
1.
Proses
pembelajaran yang berlaku adalam]h pembelajaran yang aktif
2.
Murid
akan belajar mendapatkan sesuatu input yang baru semasa proses pembelajaran
3.
Aktiviti
yang dijalankan melibatkan perkembangan mida, pergerakan fizikal dan
pengetahuan sedia ada.
4.
Guru
sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
·
Implikasi
Teori Konstruktivitisme:
1.
Guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid
2.
Guru dapat menyediakan lebih banyak sumber yang
boleh diguankan dalam pengajaran
3.
Guru bertindak sebagai pemudah cara dan
sentiasa membantu murid dalam aktiviti pembelajaran.
3. Teori
Lev Vygotsky
·
Menekan
kan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran
·
Murid-murid
akan berinteraksi dan berkolaborasi bagi mengemabngkan sesuatu perkara yang
baru
·
Teori
Lev Vygotsky menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar
bantuan pada tahap awal pembelajaran seperti petunjuk, pengajaran dan dorongan
dan pada peringkat seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
sendiri terhadap apa yang dipelajari.
·
Hal
ini akan mengemabngakan potensi murid melalui usaha dan pengalaman sendiri
dalam proses pembelajaran sehingga tahap mereka boleh menyelesaikan sendiri
tanpa bantuan orang lain.
·
Implikasi
Teori Vygotsky
1.
Pembelajaran
dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu
sama lain.
2.
Perkembangan
kognitif akan lebih terangsang apabila pengetahuan sedia ada digunakan dalam
pembelajaran
Pelaksanaan Inovasi dalam Proses
Pembelajaran
Terdapat beberapa inovasi yang boleh dilakukan di sekolah bagi meningkatkan proses
Terdapat beberapa inovasi yang boleh dilakukan di sekolah bagi meningkatkan proses
Pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
Antaranya
ialah:
1.
Penggunaan
sumber pengajaran yang baharu
2.
Penggunaan
teknik pengajaran yang baru
3.
Meningkatkan
pengetahuan yang baru
4.
Menggunakan
kepelbagaian teknologi pada masa kini
Pelaksanaan Inovasi:
1.
Melaksanakan
strategi dan penyelesaian bersdasarkan masalah yang dihadapi
2.
Memperbanykkan
pembelajaran secara elektornik dan laman sesawang seperti Kahoot
3.
Mengadakan
aktiviti ‘brainstorming’
4.
Kemahiran
berjenaka di dalam kelas bagi menceriakan proses pembelajaran
Strategi pengajaran oleh guru di
sekolah:
1.
Sebelum
Pengajaran:
·
Membuat
Rancangan pengajaran Harian tentang topic yang diajar seperti yang dirancang
·
Membuat
rujukan terhadap topik yang diajar
·
Persiapan
emosi untuk mengajar di hadapan murid
2.
Semasa
Pengajaran:
·
Melakukan
komunikasi berkesan di dalam bilik darjah
·
Menggunakan
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
·
Menggalakkan
perbincangan di dalam kelas
3.
Selepas
Pengajaran:
·
Membuat
refleksi murid
·
Membuat
penilaian untuk mengetahui kefahaman murid
Rumusan
Sebagai kesimpulan,
teori-teori pembelajaran memainkan peranan enting dalam proses pembelajaran
murid-murid di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teori ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri bagi
meningkatkan keyakinan diri dan interaksi dengan murid yang lain dan menjadikan
proses pembelajaran lebih kondusif dan lancar.



Comments
Post a Comment