TAJUK 4: PENGURUSAN MURID
Pengenalan
Jaafar Muhammad (1998) menyatakan bahawa pengurusan
sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan
output yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
Menurut Peter F. Drucker pula, pengurusan ialah satu proses social dibentuk
untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam
sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling
berkesan. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah kerana
ia akan mencerminkan prestasi sekolah. Konsep pengurusan murid terdiri daripada
aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan pemulihan
terhadap murid.
11) Pengurusan
Murid dari aspek Rekod Murid.
·
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
Aplikasi
yang menghimpunkan semua data murid di Malaysia agar data tersimpan dengan
lebih terurus dan selamat.
·
Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah
Salah satu sistem yang memaparkan keputusan
peperiksaan murid. Guru bertanggungjawab untuk memasukkan data markah
peperiksaan murid. Hal ini akan memudahkan ibu bapa untuk mengikuti perkembangan
anak-anak mereka.
12) Pengurusan
Murid dari aspek kebajikan.
·
Skim Pinjaman Buku Teks
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting
antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program
ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada
tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis
/ Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
·
Program Ziarah Cakna
Program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 ini
bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan
antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah
murid.
· Rancangan
Makanan Tambahan Sekolah
Pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya
dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan
kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.
13)
Pengurusan Murid dari aspek disiplin.
·
Mendenda kesalahan
Setiap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah
akan didenda mengikut kesalahan yang dilakukan.
·
Buku Peraturan Sekolah
Buku yang menjadi panduan kepada semua pelajar agar tidak
melakukan kesalahan semasa berada di sekolah.
14) Pengurusan
Murid dari aspek keselamatan.
·
Kawalan Sekolah
Setiap
sekolah akan mempunyai penjaga keselamatan untuk mengawal keselamatan sekolah
agar menjadikan sekolah adalah tempat yang selamat dan tidak perlu
dibimbangkan.
·
Kawalan lalu lintas
Sesetengah sekolah berada berhampiran dengan jalan
raya utama yang mempunyai banyak kenderaan melaluinya. Oleh itu, kawalan lalu
lintas amat perlu demi menjaga keselamatan murid untuk melintasi jalan.
15) Pengurusan Murid dari aspek kesihatan.
·
Program Imunisasi
Setiap
pelajar yang ingin bersekolah di Malaysia perlu mengambil suntikan imunisasi
atau lebih dikenali sebagai vaksin. Hal ini adalah penting demi mengawal
kesihatan murid dan tidak mudah berjangkit dengan penyakit yang mudah
berjangkit. Di sekolah, terdapat beberapa suntikan vaksin seperti suntikan HPV
untuk mencegah kanser serviks untuk pelajar perempuan. Semua data suntikan ini
direkodkan di dalam buku rekod kesihatan murid.
·
Kesihatan gigi
Gigi yang cantik dan bersih akan memberikan senyuman
yang indah. Gigi yang sihat juga mampu menaikkan mod persekitaran apabila
berhadapan dengan orang lain. Oleh itu, setiap murid di Malaysia akan diperiksa
gigi mereka sekurang-kurangnya setahun sekali di sekolah masing-masing. Apabila
murid memerlukan rawatan, maka ianya akan dilakukan pada ketika itu juga.
Segala rekod kesihatan murid disimpan di dalam Kad Rawatan Pesakit Am/Sekolah.
·
Kawalan Pemakanan
Malaysia
dikenali sebagai salah satu syurga makanan. Setiap negeri mempunyai hidangannya
yang tersendiri. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang
paling banyak mengalami masalah obesiti. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua kantin di sekolah agar mengikut
standard yang telah ditetapkan. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan murid
mendapat makanan yang seimbang dan sihat.
Kesimpulan
Oleh itu,
pengetahuan dan kemahiran mengurus merupakan satu keperluan profesionalisme
yang perlu dipertingkatkan dalam kalangan guru untuk kepentingan buka sahaja
pada diri malah kepada para pelajar.














Comments
Post a Comment