TAJUK 6: PENGURUSAN SUMBER
PENGENALAN
Pengurusan merupakan proses
perancangan,penyusunan,pengarahan dan pengawalan semua sumber organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi manakala sumber pula merupakan bahan atau tenaga yang
diperlukan bagi melaksanakan sesuatu.
Dessler (1997) telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Kepentingan
Sumber
1. Media komunikasi
·
Komunikasi
melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
·
Disalurkan
melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
·
Guru
sebagai pengirim dan murid sebagai penerima
2. Sebagai ransangan
·
Murid
lebih minat belajar
·
Bahan
sebagai ransangan utama murid
·
Memahami
sesuatu dengan lebih mendalam
·
Tumpuan
murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting
3. Penjelasan makna dan konsep
·
Dapat
menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
·
Boleh
diguna diluar dan di dalam bilik darjah
·
Seperti
siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
·
Mengembangkan
corak pemikiran murid
4. Penggerak penggunaan pelbagai media
·
Melibatkan
pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
·
Guru
perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh
digunakan
·
Deria
lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran
·
5. Sumber pengalaman
·
Memberi
pengalaman langsung dan tidak langsung
·
Pengalaman
memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
·
Lebih
banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
·
Untuk
memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid
JENIS-JENIS
SUMBER YANG DIFOKUSKAN
PUSAT
SUMBER
·
Konsep
Pusat Sumber
·
Pusat
sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber –
sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
·
Pusat
sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan
bercetak dan digital.
·
Pusat
sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan
bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektif pusat
sumber
·
Mengumpul,
menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
·
Mempertingkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
·
Melatih
para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan
menggunakan peralatan.
·
Memberi
pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
·
Menyebar
maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan
FUNGSI
PUSAT SUMBER
·
Menyediakan
dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
·
Berperanan
sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi
pendidikan.
·
Sebagai
pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
·
Sebagai
tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk
memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
·
Menganjurkan
aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
Makmal Sains
·
Definisi
: Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu
pengajaran pembelajaran amali sains
·
Dibina
dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan
yang terkawal
·
Melalui
aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar
dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan
Kepentingan Makmal Sains
o
Memastikan
p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih
mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
o
Mengembangkan
kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran
manipulatif
o
Membolehkan
eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat
yang sesuai
o
Memperkembangkan
lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan
sikap saintifik dan nilai murni
o
Memberikan
ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains
pada setiap peringkat sekolah persekolahan
ASPEK
UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS
o
Keceriaan
makmal sains
o
Penggunaan
dan penyimpanan peralatan dan bahan
o
Keselamatan
makmal sains
TINDAKAN
GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
o
Mengenalpasti
jenis kemalangan yang berlaku
o
Jika
di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang
berpengalaman
o
Jika
kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah
o
Bagi
kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera
o
Memberitahu
ibu bapa pelajar yang berkenaan
o
Guru
harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah
KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER
v Memastikan matlamat organisasi tercapai
v Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan
sesebuah organisasi
v Memastikan segala sumber iaitu semua faktor
pengeluaran di dalam organisasi digunakan secara berkesan
v Memastikan semua sumber(fktor pengeluaran) di dalam
organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur
v Memastikan tiada pembaziran sumber (faktor
pengeluaran) dalam organisasi
KESIMPULAN
Kesimpulannya pengurusan sumber sangat penting bagi sesuatu organisasi dalam menjamin kelancaran proses kerja seharian.Dalam konteks sekolah pula pengurusan sumber sangat penting dalam memastikan bahan bacaan dan makhluk terkini dapat diberikan sepenuhnya kepada pelajar.Selain itu ia juga dapat mengelakkan masalah kekurangan sumber termasuk sumber pengajar,bahan mengajar dan alat mengajar kepada sesebuah sekolah.Jelaslah pengurusan sumber amat penting bagi sekolah dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar dan sempurna



Comments
Post a Comment