TAJUK 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU & DISIPLIN
Pengenalan
Pengurusan
bermaksud pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang
terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan
dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Disiplin pula membawa
makna peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid
di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005),
pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Antara sistem yang merekod kesalahan murid sama ada
yang baik ataupun yang tidak baik adalah sistem E-SSDM v2.0. Sistem ini mementingkan
Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan
elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh
dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
Tujuan
·
Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman
supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan sedia ada.
·
Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan
disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
·
Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan
disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru bimbingan dan kaunseling.
·
Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru,
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
murid-murid dan penjaga.
·
Sebagai pengkalan data disiplin murid dengan
penyediaan pelbagai bentuk laporan.
Proses Kerja
1. Perekodan Kes Salah Laku
1.
Perekodan Amalan Baik
·
Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
·
Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan
pelaporan Status Sahsiah Murid.
Kesimpulan
Oleh itu,
pengurusan tingkah laku dan disiplin yang baik mampu melahirkan
individu-individu yang lebih berdisiplin pada masa akan datang dan berkemungkinan
kadar jenayah di negara ini akan berkurangan jika tingkah laku dan disiplin
diurus dengan baik sekali.




Comments
Post a Comment