TAJUK 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


KONSEP:

Urus- Berhubungan untuk menyelsaikan sesuatu maslah

Nasihat - memberi teguran atau peringatan supaya melakukan perkara yang etul

Murid- individu yang sedang menuntut ilmu

Menurut James Toner, pengurusan ialah proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Menurut Zuraidah (1994), Nasihat ialah kaedah menyelesaikan masalah tanpa mengambil kira perasaan individu tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah yang berlaku
Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan ialah proses mebantu. Hal ini melibatkan usaha memebri arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi memastikan maklumat yang dicapai sampai kepada individu yang terlibat.



Jenis dan Cara Penasihatan

1.    BIMBINGAN
-          Membantu seseorang individu membuat keputusan yang memberi kesan kepada hidup mereka
-          Memberi fokus kepada potensi seseorang individu

2.    PENASIHATAN
-          Proses meberi nasihat sama ada secara individu atau kumpulan
-          Kehendak kepada orang yang memberi nasihat
-          Berfokuskan kepada masalah yang dihadapi
-          Menjurus kepada berbentuk arahan atau suruhan

3.    MENTORING
-          Proses memberi sokongan, bimbingan dan bantuan secara professional dalam menghadapi masalah dan meningkatkan pencapaian individu
-          Melibatkan proses :
1.    Mentor (orang yang mebimbing)
2.    Mentee ( orang yang dibimbing)

4.    RUNDINGAN
-          Terdapat tiga jenis rundingan iaitu rundingan krisis, rundingan pemulihan dan rundingan perkembangan
-          Rundingan ialah hubungan menolong orang yang berprofesional dengan individu atau kelompok dalam pelbagai masalah
-          Bentuk rundingan boleh dilakukann secara individu atau bekelompok.


Kerangka Teori:
1.    Teori Psikoanalitik
·         Individu normal menikmati dengan kasih sayang dan bekerja
·         Akal manusia terbahagi kepada tiga perepsi:
1.    Sedar- kata hati yang mendorong seseorang kea rah abnormal dan mencapai
peringkat kesempurnaan
2.    Pra sedar- Teras sahsiah dalam mengawal kata hati dan dorongan naluri dalam
     sesuaikan kehendak dengan reality
3.    Tidak sedar- dorongan naluri yang bertindak untuk capai kepuasan tanpa
         menghiraukan nilai dan moral
2.    Teori Psikologi
·         Manusia yang bermasalah kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap dan terlalu rasa rendah diri


Strategi dan Teknik
1.    Teknik Afektif ( Perasaan) - kerusi kosong dan teknik raptai
2.    Teknik Behavioural  ( tingkah laku) – latihan bertenang melalui maklum balas biologi,                                                                    hipnosis, meditasi dan fungsi imaginasi melalui sasaran
        kendiri.
3.    Teknik Kognitif  (Pemikiran )– mempertikai, membahas, mencabar mengajar dan
                                                          menjelaskan


Perbezaan Antara Penasihatan dan Kaunseling
PENASIHATAN
KAUNSELING
Fokus kepada masalah yang dihadapi
Fokus kepada individu yang bermasalah
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus (Kaunselor)
Masa yang diperlukan singkat
Lebih banyak masa diperlukan
Tindakan tidak dipantau oleh penasihat
Tindakan dipantau secara penasihatan

Jadual 1 Perbezaan antara Penasihatan & Kaunseling


Cara Penasihatan Murid:
1.    Fokus kepada masalah yang dihadapi oleh murid
2.    Menyelami psikologi dan keadaan murid
3.    Membantu murid membuat keputusan
4.    Menasihati murid dalam bentuk arahan atau rangsangan
5.    Membantu perkembangan murid


Kesan Jika Tiada Nasihat di Sekolah:
1.    Tiada sokongan moral kepada murid
2.    Kemerosotan akademik pelajar sama ada dalam pelajaran, kokurikulum atau tingkah ;aku mereka
3.    Sekolah diannggap tiada lengkap.


Cara Mengatasi dan Memperbaiki Kelemahan
1.    Menyusun semula pentadbiran penasihatan atau kaunseling
2.    Keupayaan menguruskan emosi dalam kalangan penasihat
3.    Penapisan atau penyaringan untuk menentukan mentor
4.    Penilaian yang menjurus kepada keberkesanan keseluruhan setiap program yang dijalankan.


Rumusan
Sebagai kesimpulan, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah yang tersendiri dan boleh menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka. 

Comments

Popular Posts